Tuesday, August 27, 2013

dilemma

Assalamualaikum

mungkin ada yang dilemma perasaan jugak sekarang ni.. dilemma itu dan ini.. tapi keadaan aku berbeza.. aku dilemma sama ada nak hadir ke majlis konvo atau tak. mungkin ada yang fikir, 'eh rugi la kalau tak pegi, kan tu tanda kejayaan kita berhempas pulas selama ni'

mungkin ada jugak yang berpendapat ' takpe kalau tak pegi, tu cuma konvo'

selama ni aku yang tak sabar-sabar nak habiskan pengajian aku di USM.. tapi sekarang bila tiba saat nak konvo, aku dilemma..  bukan aku tak gembira.. aku gembira sangat bila dah berjaya habiskan degree aku.. tapi perasaan tu semua hilang bila terkenangkan keadaan ayah sekarang. 

ayah dah tak boleh berjalan buat sementara ni. sabtu lepas, 24/8/2013.. kaki ayah terkena mesin pemotong kayu. urat kaki kanan putus.. sampaikan ayah kena operate malam tu jugak..  benda nak jadi kan. selame ni ayah tak pernah pun buat kerja tu.. memang bukan kerja ayah. tapi entah macam mane hari tu ayah rase nak buat pulak. . ahh aku sebak.. aku tak pernah tengok keadaan ayah macam ni sekali. tapi ape boleh buat, semua ni ujian.. ada hikmah setiap perkara yang berlaku. 

walaupun aku sedih mak ayah tak dapat hadir ke majlis konvo aku nanti, aku cuba sedaya upaya sembunyikan daripada mereka. yelah, aku tak nak mak ayah rasa bersalah. aku tahu mak ayah pun nak sangat raikan aku kat majlis konvo nanti. tapi aku faham.. keadaan ayah sekarang tak mengizinkan dia untuk berjalan jauh. 

bukan aku tak gembira dah nak konvo tapi semua tu macam dah takde makna.. selama ni aku impikan mak ayah ada di samping aku pada hari aku konvo.. tapi sekarang semua tu tinggal angan-angan la nampaknya.. bersabarlah, hidayah. semua yang berlaku ada sebab. Perancangan Allah lebih baik daripada segala yang kita impikan. orang pun selalu cakap, tak semua yang kita rancang akan jadi. so sekarang nak atau tak nak, aku kena terima keadaan ni. hati sape yang tak sedih bila tengok keadaan ayah macam tu. kesihatan ayah tu lagi penting daripada majlis konvo aku.. 

semoga keadaan ayah makin baik lepas ni. insyaAllah.. 







suke bebelan cik dayah? sila click like :D

1 comment:

(¯`•-crakerz-.•´¯) said...

I'm really impressed with your writing skills and also with the layout on your weblog. Is this a paid theme or did you just modify it yourself ? Either way keep up the nice quality writing, it's rare to see a great blog like this one today.


Feel free to surf my site
:

Ashafeeq Network dot kom dot mai