Thursday, October 20, 2011

.bila perempuan menangis.

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...


p/s:just sharing

suke bebelan cik dayah? sila click like :D

Monday, October 17, 2011

.give & take.

assalamualaikum...


give and take? bagi dan ambil? hahh.. bukan bagi makanan ke ape ke..*otak asyik fikir makanan je bile otak banyak tugas*

actually, dalam hubungan, tak kirelah persahabatan ke mase bercinta ke, kite kena lah amalkan prinsip give and take ni.. 

kenape?

sebab utama, takde sape pun antara kite yang perfect.. takde sape pun antara kite yang mampu puaskan hati semua orang sekeliling kite... 

so ape yang orang lain buat, kalau ade salah & silap tu, why not kite ambik tu dari sudut positif? cube letakkan kite kat tempat orang tu.. aceceh.. pandai je aku cakap kan? aku ni macam mane pulak? 
hmmm............

aku pun banyak kurangnye...  



macam yang aku cakap kat fb aku,  hidayah samsudin, 
ramai pulak yang like.. aku yakin semua orang tahu dan sedar diri masing-masing ade kekurangan... okay, dah out of topik.. *sila ignore coz fikiran aku sangat bercelaru*








berbalik ape yang aku nak cakap awal-awal tadi.. seriously, kalau takde sikap give and take, susah laa kite.. takkan kite nak orang je paham keadaan kite, nak orang je paham perasaan kite.. tapi kite? pernah ke kite fikir perkara yang same? pernah ke kite fikir ape orang lain rase? 

hurm.. aku takde nak tuju ni kat sape-sape... cume aku rase kite patut amalkan prinsip ni.. 

honestly aku ade pengalaman pasal hal ni.. tapi terlalu open untuk aku bercerita kat sini.. so biar laa semua tu.. yang dah lepas biarkan lepas... coz walau apepun yang kite wat, kite tak boleh nak kembalikan mase silam... ape yang dah jadi tetap jadi.. baik ke buruk ke, semua tu dah jadi.. takde gune kite fikir perkara yang dah berlalu.. 

hidup ni kena pandang ke depan.. sekali kite dah melangkah, kite tak boleh pusing ke belakang.. biarkan ape yang jadi.. yakinlah dengan ketentuan Ilahi.. DIA punya rencana yang terbaik untuk kite.. 

kite hanya mampu merancang tapi DIA yang tentukan segalanye..

belajar untuk terima ape yang dah tertulis untuk kite.. aku cakap ni bukan untuk orang lain.. tapi untuk aku jugak.. diri aku sendiri masih ade banyak kekurangan... aku sendiri masih cube perbaiki kesilapan diri aku.. terlalu banyak rasenye kesilapan yang aku dah lakukan.. 




kepada sesiapa yang pernah terase, kecik hati or ape-ape jela ngan aku, kat sini aku susun sepuluh jari pohon seribu kemaafan daripada korang semua..  maafkan aku andainye aku ni pernah terkasar bahase ke ape ke ngan korang.. seriously aku tak pernah berniat nak lukekan sesiape pun dalam hidup aku...  








erm.. panjang lak entri kali ni.. dah.. aku tak nak merapu tak tentu pasal lagi..







out..!

suke bebelan cik dayah? sila click like :D

Friday, October 14, 2011