Tuesday, May 1, 2012

.night in the garden.chemistry night.

assalamualaikum..


hai semua!

dua hari yang lepas, 29/4/2012 aku & kawan-kawan join dinner untuk semua budak kimia.. batch kami yang anjurkan so kami pun turun laa padang.. just for support our batch punya event.. 

seronok! dinner yang penuh dengan memori... hehe...  sorang-sorang kemain lagi melaram & aku pun tak terkecuali.. bukan apa kan, saje lah nak nampak lain sikit malam tu.. 

yeahh.. dinner la katekan.. mase ni lah semua nak melaram... (^_^)

around that night.....



annual dinner chemistry 2011/2012



atma, mazura, sella, wawa



 queen of the night , jaga




 them



us , candid


 ieda, reen




ezzah, ieda




ieda, me, yann


...us...



second year students



 some of second year students



 yann,wawa, ieda, nani, zaty, me




ieda,me,yann


ok tu je nak share.. tak larat pulak nak masukkan banyak-banyak kat blog ni... kat fb boleh lah kan..

malam tu sangat enjoy.. kami berempat: yann, ieda, zaty, aku..




kredit to miss zaty yang make up kan aku.. hoho... kena dengan kehendak aku... 

love all of you very much...

semoga persahabatan ni kekal... 

tema malam tu night in the garden... pastel colour.. tapi awal-awal lagi dah lari tema.. haha.. mana-mana je aku pi confirm aku lah yang akan lari tema... ada aku kisah? haha... takde pun cakap sape yang tak ikut tema tak boleh masuk ballroom.. ramai je student yang join malam tu tak kena tema.. 


ikut tema ke tak, bukannya kisah sangat.. yang penting ada laa aku ikut tang " night in the garden" tu.. hehe.. cukup lah tu... aku tak suka warna yang tak terang.. sebab tu awal-awal dah tempah baju warna terang-terang.. 

well... dinner je pun... pi sana makan-makan, ambil gambar, balik.. haaa..kan! at least kami enjoy.. takde lah mengadap buku je memanjang..

macam yang orang selalu fikir ; budak sains ni skema.. pheww.. sesuka hati je nak label semua macam tu kan.... mungkin lah ada.. tapi bukan semua macam tu,.

okehh.,,, dah masuk topik lain ni.. 

next time ada masa aku update lagi..

semoga semua berbahagia... (^_^)


suke bebelan cik dayah? sila click like :D

Wednesday, April 18, 2012

.cuti.wedding.enjoy. (part 1)

assalamualaikum..


baru je habis cuti seminggu.. cepat masa berlalu bila ada kat rumah... huhhh.. rasa malas sangat nak balik USM ni.. tapi nak buat macam mana kan.. kena teruskan belajar..

okay.. bukan nak cerita pasal USM.. nak story pasal cuti aku yang sangat best.. hehe.. walaupun seminggu tapi enjoy... first day aku dah busy... sampai je kat bumi kuantan terus pegi majlis kahwin sepupu aku.. 

aku pegi just untuk majlis persandingan dia je.. majlis akad nikah malam tu aku tak sempat nak join coz baru bertolak dari penang.. balik lewat sehari drpd orang lain.. sebabnya lambat beli tiket.. huahua.. padan muka aku... .. pape pun best sangat dapat berkumpul semua sedara sekali sekala... yelah selama ni bukan selalu nak jumpa kan.. 

around the ceremony


 pelamin







 my cousin & her husband
















 hantaran daripada pihak perempuan



 hantaran daripada pihak lelaki


orang lain kahwin aku sibuk ambik gambar atas pelamin dorang.. haha.. saje lah kan nak ambik berkat.. mana tahu lepas ni aku pulak.. opss... 
*sila doakan saya pulak lepas ni,kuikui* 

dah la lari tema sikit.. tema hitam merah putih.. aku sesuka hati hentam putih pink.. haha.. ada jugak lah putih tu kan daripada takde langsung..








 my mom & me





aku akan sambung part 2 lain kali... (^_^)


suke bebelan cik dayah? sila click like :D

Friday, March 9, 2012

.cinta mana boleh paksa.

assalamualaikum..

lame tak berbicare dengan blog.. bukan malas tapi kesuntukan masa.. ade aje keje yang masuk.. biasa lah, student memang tak lekang daripada tutorial bla bla bla... nak tak nak, kena lah buat kan..

sila ignore tajuk entri jika anda rase takde kena mengena langsung.. 

hehe... C.I.N.T.A.

cehh..macam hebat sangat nak berbicara pasal cinta-cinta ni kan.. tapi apepun, setiap individu tu punye jawapan sendiri bila berbicara pasal cinta.. cinta & kasih sayang adalah dua rasa yang berbeza.. begitu juga sayang & perasaan suka.. ketiga-tiga rasa ni tak sama ok.. 

1) suka

kita boleh suka kat sesiapa pun..suka pada kawan, sukakan sesuatu yang cantik, suka keadaan yang kemas... once kita sukakan seseorang tak bermaksud kita mampu sayang dia sepenuh hati kita, tak bermaksud kita boleh cintakan dia.. cuma suka... ianya subjektif.. banyak jawapan yang akan kita terima bila kita tanya orang lain " apa yang kau suka?"



2) sayang

hmm.. sayang ialah satu perasaan yang lebih daripada suka.. pada pendapat aku lah kan.. tak tahulah daripada orang lain apa maksudnya.. sebab tulah aku cakap ketiga-tiga rasa ni adalah satu perkara yang subjektif.. tak ada satu pengertian khusus untuk maksud sayang ni.. mungkin bagi sesetengah orang sayang ni ialah perasaan terhadap keluarga mereka; ibu bapa, adik beradik.. & terhadap pasangan mereka.. mungkin juga terhadap barang-barang mereka.. itu pun sayang jugak.. secara keseluruhan, perasaan sayang bukanlah terhadap manusia semata-mata..


3) cinta


ramai yang berani ungkapkan kata cinta.. tapi berapa ramai je yang betul-betul dapat rasa apa itu cinta? mungkin laa ada yang kata " aku memang cintakan dia, dah takde orang lain lagi dah yang aku cinta"
cuba fikir sejenak.. betul ke apa yang diungkapkan tu? betul ke kau rasa apa itu cinta? bagi aku, cinta ialah bila kau dapat terima orang kau cinta tu seadanya.. walau apepun yang terjadi dalam hubungan, cinta tak pernah berubah, tak ada langsung rasa nak berpaling arah..biar lah apa orang cakap pasal si dia, tapi kau stay macam tu jugak.. nahh..itu baru cinta..! bukan sekadar ucapan tapi perlakuan juga.. 


cewahh.. memandai pulak aku define apa itu cinta lah, sayang lah, suka lah.. secara umum, itulah yang aku faham.. & apa yang aku faham mungkin berbeza dengan apa yang orang lain faham.. 

cinta tak boleh dipaksa... yeahh, memang betul sangat-sangat... mana boleh nak paksa perasaan supaya cintakan seseorang tu.. kalau perasaan memang tak ada rasa cinta kat seseorang tu, apa yang boleh kita buat kan..




" don't expect people to love you as much as you love them but continue to love them until they realize that they will never get such love from others except you"

tulah ape yang aku fikir.. jarang ada yang cintakan kita sebanyak mana kita cintakan dia.. susah nak jumpa.. tapi sekurang-kurangnya kita pernah rasa macam mana bila kita betul-betul cintakan seseorang.. sangat indah bila kita dapat balasan tapi sakit bila kita tak dihargai.. well.. cinta bukanlah bermaksud kita mesti memiliki.. bagi sesiapa yang benar-benar ikhlas mencintai, cukuplah sekadar melihat pasangan yang mereka cintai itu bahagia meskipun dengan orang lain..

bagi aku cinta itu satu pengorbanan bukanlah satu paksaan.. bila kita cintakan seseorang, ikhlaskan lah hati untuk melihat dia bahagia walaupun bukan dengan kita.. 

cinta jugak tak bermaksud mengongkong.. lepaskan dia dengan cara dia.. tegurlah dia bila dia buat kesilapan.. berilah ruang pada dia.. jangan terlalu mendesak.. 

sangat mudah untuk kita jatuh cinta tapi untuk melupakan orang yang kita pernah cinta, mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin jugak kita takkan pernah mampu lupakan dia.. 


wah wah wah.. panjang pulak aku bermadah helah.. haha.. rasanya cukup laa dulu.. 

p/s : segala ayat di atas sekadar pendapat aku aje.. ^_^

suke bebelan cik dayah? sila click like :D